Friday, 6 November 2020

PERATURAN PENGINAPAN

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut :-

  1. Waktu Check-in selepas pukul 3.00  petang  dan Waktu Check-out sebelum pkl 12:00 tengahari. Sila patuhi masa check in/check out yang betul. Sila SMS/WhatsApp saya setengah jam sebelum check in/check out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan sehingga jam 2.00 petang. 
  2. Sebagai tanda "pegang janji", kami menetapkan  deposit RM100 untuk "block date" khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan. 
  3. "Bayaran Penuh" mesti dibuat selepas check-in. 
  4. Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap ialah 18 ORANG dan maksima 22 orang termasuk kanak-kanak. 
  5. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali. 
  6. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa menginap bersama.
  7. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
  8. Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
  9. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
  10. Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.
  11. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
  12. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu kawasan parkir jiran lain di luar kawasan rumah. 
  13. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup suis lampu, suis penghawa dingin, suis kipas dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.
  14. Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Diharap juga tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.
  15. Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
  16. Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu ditutup dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.
  17. Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal
  18. Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
  19. Peraturan mandi di kolam renang adalah dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam sahaja. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti ditemani dan dipantau oleh ibubapa/orang dewasa.  (TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT) >>Lihat Peraturan Mandi Kolam.


"SEMOGA ANDA 
BERPUASHATI DAN GEMBIRA 
KETIKA BERADA DI HOMESTAY KAMI."

"TERIMA KASIH DAN SILA DATANG LAGI."

"SELAMAT JALAN 
DAN 
BERHATI-HATI DI JALANRAYA."

Monday, 3 February 2020

Homestay Ahmad Taman Mas Bukit Payong Marang Terengganu 

Kami Menawarkan Rumah Penginapan Yang Selesa Dengan Harga Berpatutan Dan Berbaloi..
🏑Rumah Banglo - 5 Bilik Berhawa Dingin - Ruang Tamu Berhawa Dingin  - 3 Bilik Air🏑
🏊‍♂️Kolam Renang Dewasa Dan Kanak=Kanak
🍽️Pit BBQ Berbumbung
Untuk Pertanyaan Dan Tempahan, Klik Link Di Bawah :
http://www.wasap.my/60175745690/InfoHomestayAhmad
πŸ›€JARAK :
1. Bandar Kuala Terengganu – 12.2 km
2. Pasar Kedai Payang – 12.8 km
3. Jeti Pulau Kapas – 19.1 km
4. Jeti Kuala Besut – 116 km
5. Pantai Penarik, Setiu – 62.5 km
6. Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir – 54.8 km
7. Hutan Lipur Sekayu – 44.2 km
8. UniSZA – 22 km
9. UMT – 23.3 km
10. Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai – 13.8 km
11. Taman Tamadun Islam, Losong - 12.6 km
12. Noor Arfa Craft Complex – 12.7 km
13. Pusat Sains Terengganu – 11.6 km
14. Terengganu Drawbridge – 15.1 km
15. Muzium Terengganu – 11.9 km
16. Nasi Dagang Atas Tol - 7.7 km
Kemudahan lain yang disediakan:
✅ Bilik 1 πŸ‘‰Katil Saiz Queen + Penghawa Dingin + Kipas + Almari + Meja Solek + Bilik Air/Tandas 
✅ Bilik 2 πŸ‘‰ Katil Saiz Queen + Penghawa Dingin + Kipas + Almari + Meja Solek 
✅ Bilik 3 πŸ‘‰ 2 X Katil Saiz Single + Penghawa Dingin + Kipas
✅ Bilik 4 πŸ‘‰ Katil Saiz Queen + Penghawa Dingin + Kipas + Almari + Meja Solek + Bilik Air/Tandas
✅ Bilik 5 πŸ‘‰ Katil Queen + Penghawa Dingin + Kipas
✅ Tuala dan Sabun Mandi Disediakan
✅ Kelengkapan Lain πŸ‘‰ Iron n Board + Buaian Bayi + Peti Ais + Mesin Basuh + Pengering Pakaian (Dryer) + Meja Kerja
✅ Penapis Air COWAY 3 Suhu
✅ Terdapat Sebuah Bilik Air / Tandas Di Luar Bilik
✅ Dapur Yang Luas + Meja Makan 
✅ Ruang Tamu Luas + Astro (Pakej Super Pack 1 (Warna, Sport, Movie, Cartoon) + HD + PVR) + Sofa
✅ Ruang Parkir Kenderaan Yang Luas
✅ Informasi
⌚Check in πŸ‘‰2.00 ptg, jika tiada tetamu lain boleh diawalkan.
⌚Check outπŸ‘‰12.00 tghari, jika tiada tetamu lain yang buat tempahan, boleh  check out sehingga jam 2.00 ptg
Homestay Ahmad,
Lot 7322, Taman Mas, Bukit Payong,  21400 Marang, Terengganu
017-574 5690
https://maps.app.goo.gl/jMJUaVvrWGCMMR6k7
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=552327241958916&id=509686906222950
https://www.instagram.com/p/B9kb_NHpCww/?igshid=26r1rs3mjjqs
#TGN004 #homestaywithpool #homestaymuslim #homestay2muslim #homestayterengganu #homestaykualaterengganu #homestaymarang #homestaybukitpayong